• Fynn Jamal

ok let’s go.





sebab aku mmg manusia berjilid—

dan aku ada penyakit suka lalu jalan jauh walhal kedai runcit ada depan rumah je;

guide me.

.

bagi soalan yg kau nak tau jawabnya.

insyaAllah.

aku cuba jawab di entri seterusnya.

.

gosh.

zaman puisitepijalan dulu aku rajin gila buat gini. hahaha.

.

zaman ada ask kat ig skang ni baru orang nampak mende ni. itu pun lepas aku rajin buat. kalau tak ruang tu org buat tanya2 product dan tutorial je. aku cikgu. mana je ruang nak menyentil manfaat— mmg aku buat.

.

sama je macam zaman aku buat paid review dulu tu. asalnya mmg aku ambik barang free pastu iklankan. pastu aku nampak ketidakadilan kos utk peniaga yg nak iklan tu. contoh: org nak bagi produk yg kosnya cuma rm5 dgn org yg kos dia rm200. exposure sama tara. mana amanahnya kalau gitu.

.

so utk senang—

buat standard rate.

.

aku guna perkataan review sbb nak subtle la konon. sbb masa tu malaysia tak biasa dgn konsep artis mintak bayar utk iklan.

.

cekik darah peminat katanya.

walhal yang nak iklan tu puisitepijalan pun tak pernah dengar.

.

doesnt it annoy you bila orang suka-suki declare they know us? pastu memandai buat statemen jenis2 “dia skang dah lain” or some crap.

.

amende.

.

kita makan semeja kat mamak pun pasal kawan aku ni kawan kau. dan kawan aku sibuk ajak teman dia jumpa kau. sbb malas nak lama2 dgn kau.

.

tau2 nak rasa kenal2 kekdah kawan dari tadika.

phui.

.

wait.

aku dah menyimpang.

hahaha.

ok patah balik.

.

so.

ask away.

apa kau nak baca.

nanti aku pilih.

.

pesanan sikit—

kat sini aku keras sikit.

mood ask yang selama ni kau baca tu—

tu aku sebenar2nya.

.

aku garang.

aku tau.

rauuuu rauuu rauuuuu.

.

nasib baik kau tak sempat kenal juwita.

dia dah mati.