• Fynn Jamal

kawan terbaik adalah anjing, bukan manusia; maka belalah anjing.



susah sangat ke nak paham mmg ada spesis manusia dalam dunia ni apabila terhenjut tangan suami pada lafazan akad nikah—

SEGALA yang lain terus hilang pentingnya.

.

ye.

spesis tak cool yang mmg tak berminat nak me-time sbb macammana melelahkan pun kerja2 dalam rumahnya— ITULAH syurga dia.

.

spesis membosankan yang kalau sekali-sekala keluar pun, kerjanya pandang jam sbb dok ukur masa sbb rutin ahli keluarganya dah jadi darah daging dia.

.

spesis hambar yang sesungguhnya tak mampu kenyang kalau makan tanpa gaduh teriak dgn anak, tak dapat tenang kalau duduk kosong tanpa yang ini mintak ini yang itu mintak itu walau semuanya dah sedia depan mata.

.

ye.

mmg ada.

surprised sangat ke?

.

kenapa payah sangat nak telan yang spesis2 begini bukan tak peduli kawan, tapi DUNIA DIA adalah keluarganya.

.

jangan dekati spesis begini kalau kau tak biasa dinomborlapanpuluhkan.

.

jangan tabur budi.

jangan rapatkan diri.

jangan bagi kalau harap dipulangganti.

.

spesis macam ni mmg pelaburan gerenti rugi.

kalau kau tetap nak jugak dengan spesis begini;

kawen dengan dia.

insyaAllah.

spesis ni— setia.

.

they are great friends, but not the type yg boleh 24 hours jadi companion. nak spesis tu, bela anjing. boleh kau budak2kan, suruh buat itu ini ikut arahan.

.

tapi itu pun ikut breed gak aa.

.

ada satu filem based on true story. tajuk dia hachiko. anjing keturunan kuno jenis akita. tuan dia puas la ajar dia main fetch; baling kayu dan expect anjing tu kejar dan bagi balik pada tuan— hanya untuk dihumban semula. well, tokleh blame gak. mmg biasanya orang bela anjing ni suka main gitu gamak dia. mana aku tau. aku takde anjing.

.

but this dog—

this dog i tell you.

tuan dia baling sejuta kali kayu tu;

siap tuannya jadi anjing sbb nak ajar anjing dia tu jadi anjing—

haram dia buat bodoh je tengok kayu tu.

.

akita is a type of breed yang takkan buat semua tu. dia breed royalty. prime and intelligent. kenapa dia nak kena kutip kayu kau. sbb kutip kayu tu buat KAU hepi. bukan dia.

.

apa dia dapat kalau ambikkan kau kayu tu.

obviously kayu tu takde harga—

tu yg kau berani baling kayu tu;

cuba baling cincin berlian.


jangankan anjing, spesis siput babi pun sanggup berlari mendapatkan.

.

point entri ni senang je.

belajar2lah jadikan diri sendiri kawan baik sendiri. jangan tunggu orang. jangan harap orang.

.

orang ada,

syukur.

orang bizi,

paham.

.

orang ada famili.

orang nampak free tak semestinya dia memang free.

dan tak semua orang pesen doplopatjam buat luahan hati.

.

tak boleh terima sangat ke mmg ada spesis dalam dunia ni yang bespren laki bini dan tak mampu nak bukak kaunter bespren kepada pencalonan lain?

.

spesis yg mmg tak reti nak cerita semua benda,

spesis yg mmg tak reti nak bukak habis jiwa dan raga.

.

kau tau dari pertama kau nampak spesis ni, sebenarnya. kau tau spesis ni susah gila nak bukak pintu untuk sesiapa kecuali keluarga dia.

.

kau tetap nak ikat kolar nama kat leher dia jugak tu kenapa?

.

nak kawan baik—

bela anjing.

dia akan ikut, turut, takut dgn kau.

taat walau kena sebat.

dekat walau kena hambat.

.

dengan manusia—

complicated.

dpt pulak spesis yang apabila terhenjut tangan suami pada lafazan akad nikah—

SEGALA yang lain terus hilang pentingnya.

.

segala.

no matter macammana kau fikir kau unik lalu kau harap kau boleh mengatasi senarai prioritinya.

.

or—

kalau kau tetap nak jugak try spesis dia—

cuba buat rilek.

jgn sesakkan nafas dia.

.

dia free, dia datang.

dia bizi, dia hilang.

macam serigala.

.

i mean come on.

mana lagi cool?

bela anjing ke ada serigala lepak rumah kita?


1,531 views12 comments