top of page
Writer's pictureFynn Jamal

susu

Updated: Jan 24, 2020




beberapa minggu lepas, ketika dikunjungi keluarga dari kampung, tersampailah melalui cuping telinga aku tentang adanya sanak saudara jauh yg juga mengambil anak angkat tapi tidak mempeduli pentingnya susuan utk mengangkat hubungan platonik seorang wanita dan anak yg dijaga menjadi seolah ibu utk anaknya.


aku diam.

malas nak cakap banyak.

kang kita memandai pulak.


yang berkisah pun orang tua. tak rajin aku nak menyampuk. biar ajelah. dalam hati aku masa tu:

diam je.

diam.

jgn tegur.

diam.


sehinggalah sampai pada kata kunci “dia kata: islam tak jahat. takkanlah dah sayang beriya pun الله tak faham kita nampak macam anak kita”.


dush.

ok. empangan mulut aku pecah.


terus aku perincikan SOP nak upgrade anak angkat jadi anak susuan. kena bawah 2 tahun. kenyang susu kita 5 kali. susu dibagi tokleh dicampur nestum ke air soya ke cincau laici ke. tanda kenyang macammana. cara kompiden macammana.


aku tau makcik2 aku tau apa aku cakap. dan aku jugak tau derang pun macam aku. keras bibir bila nak confront orang. tapi tu lah tu. dah derang yg depan aku. kena la. hahaha.


isu ni bukan sesuatu yg baru. biasa sgt dah isu susuan ni dinomborsembilanpuluhkan. tak masuk lagi bab tukar bin binti. tak cerita lagi bab rahsia status sampai hari anak tu nak menikah.


tak tau lah sampai bila macam ni.


”islam tak jahat”

”pastinya الله faham”


pakai logik akal dlm bab agama;

inilah dia.

gitulah aku dulu2.

tu sebab aku marah.

sbb aku nak betulkan dosa2 lalu.


mmg islam tak jahat. yg jahat— kita.

mmg الله akan faham. yg tidak— kita.

kita tak ambik tau apa yg dah tersedia dalam manual hidup. pastu kita expect الله bagi special treatment utk kita.


asal hati baik.

ha ah.

apa guidelines الله bagi tak sempurna?

yg kita rasa perlu update dari masa ke semasa macam ios system yg berubah dari tahun ke tahun?


apa yg kita fikir demi kebaikan tu—

agaknya الله tak tau apa yg terbaik?

ikut aje lah.

walau kita tak mampu nampak apa kebaikan dlm arahan الله— kena yakin yg “okeh الله kata A, aku kena buat je. aku tak nampak kenapa A ni bagus— aku yg buta. bukan sisten yg ditetapkan”.


macam wajibnya hari sukan kat sekolah. masa menengah dulu, sebab aku tembam2 dan insecure— aku benci GILER acara tahunan tu. saringan adalah mandatori pada semua.


try dulu.

tak lepas, tak payah.

asal cuba.

<— cakap cikgu sukan aku.


sumpah aku benci. aku mmg TAKKAN LEPAS. dan aku TAK SUKA buat benda yg aku TAU aku takkan boleh buat. humban aku atas pentas utk debat dan pidato. 3 jam aku steady je. jgn paksa aku bersukan.


tapi benda wajib tetap wajib.

kena tetap kena.

i may not see it then;

but right now as a mother—

aku mula nampak apa point semua tu.


1. life ni bukan pasal apa kita suka je

2. dah tau gemuk, bersukan la

3. hepi/sedih adalah pespektif. ada je yg semput tak sampai2 masa saringan. boleh je gelak. kau nak emo pehal


banyak lagi ibrah bila aku pikir sekarang.

maafkan aku, ustaz / ustazah sbb maki korang berbakul2 pasal sukan dulu hahaha.


anyways.

back to susuan.


menidakkan tuntutan susuan kepada anak angkat kita atas dasar islam tak jahat itu hakikatnya satu tindakan jahil.


(aku nak tulis bodoh. kang sentap pulak. so guna bahasa arab. jahil ni nampak lembut sikit: tidak tau)


sbb islam baik LAHHHHH kita kena susukan anak angkat. sbb kau tak perlu hadap 9 bulan terhuyung-hayang membusung perut dan tempuh maut utk bergelar ibu / emak / ummi / mummy / amma / bonda / apa saja gelaran pilihan.


dah susukan—

terus seolah anak kandung.

takyah pikir aurat ajnabi.

nak cium pipi telinga perut tapak kaki semua takde hal.


tanpa susuan, jadilah ia sebuah cinta terhalang yg meruntun jiwa raga persis seorang diabetic tersiksa ruhani kena pantang durian seumur hidupnya.


yg akur ada.

yg lawan ramai.


”alahhh. sikit2 takpe”

lalu dimakan seulas dua musang king sekilo rm55 dgn harapan doktor akan faham.


malam—

tumbang.


islam tak jahat. susukan ajelah. bukan susah. tanya lah org2 yg mmg tau. tanya org takde pengalaman— mmg dia punahkan aje semangat kau tu. worse— dia yg sibuk cakap takpe الله faham punya. hergh.


skang ni camni.

kalau katalah kak timah ambik anak angkat perempuan. tak susukan. kak timah ada laki. laki kak timah boleh kawen dgn anak kak timah.


ah. tak payah nak eww eww.

hukum mmg boleh.


kalau katalah abang rasid laki kak timah tak hengen pun dgn anak angkatnya— kalau kak timah meninggal dan tinggallah abang rasid dgn anak angkat perempuan mereka; boleh kena tangkap khalwat ye.


ha.

jgn buat giler.


dlm contoh berbeza. kalau kak timah bela anak angkat laki2. tak susukan. anak lelaki itu membesar dan jadi hensem pulak dan dan pastu bercinta bersama. abang rasid pulak lama mati. kak timah sunyi. halal ye kawen tu.


orang geli ke apa tu takde kena-mengena. islam ni hitam putih. clear semua benda. boleh tak boleh. dalil sekian2. gitu je.


susukan.

wallahi!

mmg takkan rasa ada terbit rasa pelik2 tu.


sbb orang perempuan—

naluri ibu dia MENGATASI naluri lain2nya.

itu fitrah kita.


why would you think isteri al-aziz boleh menerpa nabi yusuf as? sbb itu BUKAN anak susuan dia. dia cuma bela dari kecik. itu pun bukan bawah 2 tahun masa sampai pada dia.


susukan ajelah.

kat ig aku ada share steps kalau nak terbitkan susu utk para ibu2 angkat.

ikut je.


so far alhamdulillah setakat bertahun2 aku assist, semua dpt susukan anaknya. yg tak dpt— jenis yg tak ikut. suruh makan 2 biji 4 kali sehari— degil. suruh pam 3 jam sekali— malas. ada je alasan. senak la sakit la pening la kerja la.


orang lain hadap 9 bulan.

kita hadap la setakat sebulan dua.

banyak nau bunyiknya.

cuba bawak2 assess diri:

agaknya pasal ni الله tak bagi aku anak sendiri.

sbb aku tak sabar.


hadoihhhh.


dan andainya mmg kita ni ada penyakit yg kronik— jenis mmg tokleh nak buat rutin tu sampai keluar susu— ada option dia.


pilih jantina baby ikut siapa yg akan susukan dia. hitung mengikut siapa di antara kita suami isteri yg ada adik beradik perempuan yg boleh susukan.


maknanya:

kalau kita nak amik anak lelaki—

kita kena ada adik beradik pompuan utk susukan anak tu.


kiranya anak lelaki tadi akan jadi anak susuan adik beradik perempuan kita. so dgn kita— hukumnya dah macam anak saudara dgn makcik kandung.


dgn suami settle dah. sama2 jantina.


similarly, kalau kita nak amik anak perempuan—

suami kita kena ada adik beradik perempuan utk susukan anak tu.


kiranya anak perempuan tu akan jadi anak susuan adik beradik perempuan suami kita. so dgn suami kita— hukumnya dah macam anak saudara dgn pakcik kandung.


dgn kita settle la. sama2 jantina.


clear, kan?

islam jahat ke?

tak, kan?

cuma kita je tak ambik tahu.


kalau katalah org nak bagi jantina yg tak sesuai sbb 1) kita xde susu 2) kita / suami takde adik beradik perempuan utk susukan— tolak dulu.


bersabarlah. bukan rezeki. tunggu jantina yg betul. semua ni الله nak test kita je. nak apa kita nak atau nak apa yg betul.


jgn degil.

jgn ingkar.

dan jgn memandai.


kontinjen keluarga aku balik dgn sarat info pasal susuan. aku tau makcik aku takkan mampu nak suruh sanak saudara aku utk start jaga ikhtilat dgn anak angkat dia. budak tu dah sekolah dah pun. nak susukan mende. anaknya laki2. dia perempuan. apa aku boleh buat cuma berdoa.


aku pernah jumpa keluarga angkat dan anak angkat yang dah dewasa baru start jaga ikhtilat— sbb baru tau hukum. highest respect sbb derang pikir الله dan bukan sentimen2 yg dijustifikasi syaitan kaki menghasut.


so..

i guess..

it can be done.


entahlah.

kita semua ada struggle kita.

kita semua ada benda yg kita let go sbb kita tau الله mmg benci dan kita tak nak lagi dah hidup tak dipandang الله.


kita suka giler drama filem kisah2 cinta terhalang penuh ranjau dan duri. rasa agung gilerrrr, epik gilerrrr.


itu fiksi.

ini—

cinta ilahi ni.


PALING abadi.

1,784 views1 comment

Recent Posts

See All

tenggelam

1 comentário


syafiqah rashid
syafiqah rashid
08 de jan. de 2020

Kakfynn. Ada makcik ni ank angkat pd 1 keluarga dari kecik. Siap tukar binti. Then kawin berwali ayh angkat. Mcm mana tu?

Curtir
bottom of page